Tuesday, March 15, 2011

Sejarah nuklear part 1

alang2 cter psal nuklear kn,. meh ak cter sejarah nuklear nie..


Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar-bandarJepun iaitu Hiroshima and Nagasaki.

Negara kuasa nuklear adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, Indiadan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israelenggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci.

Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua.


Sejarah

Senjata nuklear yang pertama dicipta di Amerika Syarikat dalam satu projek rahsia yang dinamakan "Projek Manhattan". Ujian senjata nuklear pertama dijalankan pada 16 Julai 1945 di suatu tapak dekat Alamogordo, New Mexico.


Peperangan nuklear

Perang nuklear adalah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata nuklear. Dalam sejarah tamadun manusia, senjata neklear hanya dua kali digunakan, iaitu penggunaan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada penghujung Perang Dunia II. Pada ketika itu, hanya pihak Amerika Syarikat sahaja yang mempunyai bom atom.

Dalam penggunaan sekarang, Perang Nuklear merujuk kepada perbalahan di mana kedua-dua pihak yang bertelingkah mempunyai simpanan senjata nuklear. Ramai yang takutkan pencetusan perang nuklear akan mengakibatkan kemusnahan menyeluruh duniawi dan akan menyebabkan kepupusan kehidupan di dunia.

Jenis Perang Nuklear

Perang Nuklear Terhad melibatkan penggunaan senjata nuklear taktikal dalam bilangan yang kecil dan ditujukan keseluruhannya kepada pasukan tentera musuh. Walaupun kesan sampingan akan dirasai penduduk awam, kemalangan jiwa akan terhad kepada anggota-anggota tentera yang diserang. Sasaran utama melibatkan kedudukan dan perkubuan tentera dan akan melibatkan penggunaan senjata nuklear berkuasa rendah (low yield weapons). Contohnya adalah cadangan penggunaan senjata nuklear untuk menghentikan kemaraan tentera China semasa Perang Korea.

Negara-negara kuasa nuklear semuanya mempunyai senjata nuklear berkuasa rendah untuk kegunaan taktikal untuk kegunaan oleh pemerintah medan. Walaupun berkuasa rendah, senjata nuklear taktikal masih jauh lebih bertenaga berbanding dengan senjata konvensional.

Perang Nuklear Terbuka melibatkan penggunaan bilangan senjata yang banyak melibatkan serangan di seluruh pelosok sesebuah negara, melibatkan sasaran tentera dan sasaran awam. Serangan jenis ini bertujuan melumpuhkan sepenuhnya keupayaan ekonomi, menghancurkan sepenuh struktur social dan ketenteraan negara yang diserang.


Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (bahasa Inggeris: Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT) adalah persefahamanterbuka yang ditandatangani pada 1 Julai 1968 untuk menghadkan pemilikan senjata nuklear. Sebahagian besar negara-negara berdaulat (189 buah negara) merupakan ahli kepada persefahaman ini. Bagaimanapun dua daripada tujuh kuasa nuklear dan kemungkinannya satu kuasa nuklear tidak mengesahkan persefahaman ini. Persefahaman ini telah dicadangkan oleh Ireland danFinland, kedua negara ini juga merupakan negara pertama yang menandatanganinya. Pada 11 Mei 1995, bertempat di New Yorklebih daripada 170 buah telah negara memutuskan untuk menyambung persefahaman tersebut tanpa had dan syarat.

Persefahaman ini boleh diringkaskan kepada tiga tunggak iaitu

  • Tiada pengembangan (nonproliferation),
  • Pelucutan senjata, dan
  • Hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan damai.

Tunggak persefahaman

Tunggak pertama: tiada pengembangan (non-proliferation)

Lima negara dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear: Amerika Syarikat (tanda tangan 1968), United Kingdom (1968), Perancis (1992), Kesatuan Soviet (1968; kini Rusia), dan Republik Rakyat China (1992). Ini adalah negara yang memiliki senjata sedemikian pada masa tersebut, dan juga merupakan lima ahli tetap kepada Majlis Keselamatan PBB. Kelima-lima Negara Senjata Nuklear (Nuclear Weapons States) (NWS) bersetuju untuk tidak memindahkan teknologi senjata nuklear kepada negara lain, dan negara bukan ahli-NWS bersetuju untuk tidak memajukan senjata nuklear.

5 pihak NWS telah membuat persetujuan untuk tidak menggunakan senjata nuklear mereka terhadap ahli bukan NWS kecuali sebagai tindak balas kepada serangan nuklear, atau satu serangan biasa dengan perikatan bersama sebuah Negara Senjata Nuklear. Bagaimanapun, persetujuan ini tidak pernah dimasukkan secara rasmi ke dalam perjanjian, dan butir tepat telah berubah-ubah sepanjang masa. Amerika Syarikat, umpamanya, telah menunjukkan yang ia boleh menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas kepada "senjata pemusnahan meluas" serangan bukan nuklear, seperti senjata biologi atau kimia, kerana Amerika Syarikat juga tidak boleh menggunakan keduanya sebagai tindakan balas. Bekas Setiausaha Negara Pertahanan United Kingdom, Geoff Hoon, juga menunjukkan dengan jelas kemungkinan penggunaan senjata nuklear negaranya sebagai tindak balas kepada serangan tidak konvensional oleh "negara-negara penyangak".

Tunggak kedua: pelucutan senjata

Perkara VI dan mukadimah menunjukkan bahawa ahli NWS bergerak secara berterusan bagi mengurangkan dan memusnahkan stok simpanan mereka. Selepas lebih 30 tahun, ini masih kekal sebagai satu janji. Dalam Perkara I, NWS mengisytiharkan untuk tidak "mendorong mana-mana negara bukan senjata nuklear untuk ... memperolehi senjata-senjata nuklear." Satu doktrin serangan awal (pre-emptive-strike) atau sebaliknya kedudukan mengancam boleh di anggap sebagai perangsang kepada bukan ahli NWS. Perkara X menyatakan bahawa mana-mana negara itu boleh keluar daripada perjanjian tersebut sekiranya mereka merasakan bahawa "keadaan luar biasa", sebagai contoh yang dilihat sebagai ancaman, memaksa mereka melakukannya.

Tunggak ketiga: Hak bagi menggunakan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan

Oleh kerana sangat sedikit negara nuklear dan negara yang menggunakan reaktor nuklear bagi menghasilkan tenaga bersedia untuk meninggalkan sama sekali permilikan bahan api nuklear, tunggak ke tiga NPT membenarkan negara lain dengan kemungkinan melakukan perkara yang sama, tetapi di bawah keadaan yang bertujuan untuk menyukarkan pembangunkan senjata nuklear.

Bagi sesetengah negara, tunggak ke tiga NPT ini, yang membenarkan pengayaan uranium bagi tujuan bahan api, merupakan satu kelemahan utama. Bagaimanapun perjanjian ini memberikan setiap negara hak yang tidak dapat dinafikan bagi menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, dan oleh kerana rekabentuk stesyen reaktor tenaga kuasa nuklear air ringan yang popular secara perdagangan menggunakan bahan api uranium yang diperkayakan, ia mendorong bahawa negara tersebut perlu dibenarkan memperkayakan uranium atau membelinya di pasaran antarabangsa. Pengayaan uranium secara aman boleh dipertikaikan kerana ia amat hampir dengan pembangunan kepala peledak nuklear, dan ini boleh dilakukan dengan menarik diri daripada NPT. Tiada negara telah berjaya membina senjata nuklear secara rahsia ketika di bawah pemeriksaan ketat NPT.

Negara yang telah menandatangani perjanjian sebagai Negara Bukan Senjata Nuklear dan mengekalkan keadaan tersebut telah mempunyai rekod bersih tidak membina senjata nuklear. Di sesetengah kawasan, fakta bahawa kesemua negara jiran disahkan bebas senjata nuklear mengurangkan tekanan setiap negara yang mungkin merasakan perlu bagi mereka membina senjata ini, walaupun sekiranya nagara jiran diketahui mempunyai program tenaga nuklear aman yang sekiranya tidak berkemungkinan disyaki. Dari segi ini, perjanjian ini berjaya sebagaimana matlamatnya.

Mohamed ElBaradei, Ketua Agensi Tenaga Atom Antara Bangsa (International Atomic Energy Agency) (IAEA), badan penyelaras (regulatory ) nuklear PBB, telah menyatakan bahawa sekiranya mereka mahu, 40 negara mampu membangunkan bom nuklear. Pilihan lain kepada tunggak ketiga adalah memerlukan kesemua negara, termasuk ahli NWS, bukan hanya setakat melucutkan senjata, tetapi turut menutup kitaran bahan api nuklear sepenuhnya.



    No comments:

    Post a Comment